Pegawai Polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Inspektor Zulhusni Mohd Ali menyoal dua remaja yang ditahan kerana menunggang motosikal dengan aksi berbahaya dan cuba lari dari sekatan polis pada Ops Bersepadu Motosikal di Jalan Raja Laut pagi tadi.
Dua remaja tersebut ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
Operasi tersebut turut diadakan di Jalan Bangsar, Jalan Kuching, Jalan Pahang dan Jalan Loke Yew menghala pusat bandar bermula dari 10 malam.
Sehingga 12.30 pagi tadi, sebanyak 399 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas. - Foto Bernama