PHILADELPHIA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang pemilik restoran terharu apabila menerima sepucuk surat mengandungi wang tunai dari pelangganya yang gagal membayar makanan mereka ketika berkunjung ke restoran itu pada Disember lalu.

Isi kandungan surat itu tular di media sosial hingga menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakan pelanggan sangat jujur.

Memetik laporan Independent, tiga pelanggan dikatakan berkunjung ke restoran Kilimandjaro di Middlesbrough pada Disember lalu namun tidak menyangka restoran itu hanya menerima wang tunai sahaja.

Mereka yang bukan berasal dari bandar itu sekadar membawa kad kredit dan bertindak mencari mesin juruwang automatik (ATM) di sekitar bandar namun gagal.

Malah ketika itu, kereta api yang sering dinaiki mereka telah tiba di stesen dan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk membayar harga makanan.

Pemilik restoran, Apollo Apollinaire ketika itu mengakui kesilapannya kerana membenarkan pelanggan keluar dari restoran dan mencari ATM.

Akibat daripada kejadian itu, Apollo kerugian 40 pound sterling atau bersamaan RM217.

Namun sangkaannya silap, beberapa hari kemudian, dia menerima sepucuk surat bersama beberapa keping wang tunai dari pelanggan berkenaan.

Mereka turut memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan surat dan wang tunai secara peribadi kerana jarak jauh.

Apollo juga menawarkan makanan percuma sebagai hadiah kepada kejujuran mereka.