• Orang awam membuat membantah kenaikan harga minyak di Jakarta, semalam. Orang awam membuat membantah kenaikan harga minyak di Jakarta, semalam.
1 /

JAKARTA - Kerajaan Indonesia berhasrat mengurangkan subsidi minyak berkuat kuasa bulan depan.

Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan, pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus.

"Kami bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia, namun kerajaan sudah tidak mampu untuk menampung perbelanjaan itu lagi," katanya.

Menurutnya, rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.

"Di bawah pelan baru tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter," katanya.

Peningkatan harga ini juga bakal menjejaskan kempen pilihan raya presiden pada tahun hadapan dan kerajaan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.

Harga petrol di Indonesia ketika ini kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia.

Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu, laporan dipetik daripada Jakarta Post.