KAHERAH - MESIR . Ahli arkeologi telah menemui sebuah makam kuno dan bengkel yang akan diharap dapat mendedahkan rahsia pemumiaan.

Lokasi berusia 2,500 tahun termasuk mumia, topeng dan salap yang digunakan dalam proses mumifikasi itu dianggap sebagai penemuan arkeologi paling penting.

Tapak purba itu dijumpai pada kedalaman 30 meter di bawah tanah bersebelahan dengan Saqqara (kawasan pemakaman terbesar) dekat Piramid Agung di selatan Kaherah, semalam.

Ratusan patung batu, balang, vesel digunakan dalam proses mumifikasi itu ditemui dalam bilik pengebumian dan digali.

"Korpus vesel itu memberi peluang kepada kami untuk menganalisis bahan dan mengetahui secara kimia apakah jenis minyak tersebut," kata Pengarah projek itu, Ramadan Badry Hussein.

Jelasnya, bengkel pemumiaan itu adalah paling mahal dan terbesar pernah dijumpai.

"Kami memerlukan sedikit masa untuk mengesahkan komponen yang tepat dan mengkaji bahan serta minyak terbabit," ujarnya lagi. - Press TV