YANGON - MYANMAR . Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi menggesa agar langkah-langkah bantuan kemanusiaan, pemulihan, penempatan semula dan pembangunan di negeri Rakhine yang dilanda konflik dipercepat, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Myanmar.

Pada satu mesyuarat penyelarasan yang berlangsung di Pusat Keamanan dan Perdamaian Nasional di Nay Pyi Taw pada Rabu, Suu Kyi menggariskan keutamaan untuk kerajaan bagi pelaksanaan berkesan langkah terbabit.

Gesaan itu dibuat sehari selepas kerajaan Myanmar mengatur satu lawatan untuk duta lima negara jiran ke kawasan konflik di Rakhine, yang diketuai Menteri untuk Pejabat Kaunselor Negara U Kyaw Tint Swe.

Ketua Menteri Rakhine U Nyi Pu pula berkata kerajaan Myanmar kini menggesa pelaksanaan pemulihan dalam tiga bidang iaitu senarai kompilasi, bekalan makanan dan untuk pelarian serta penambahbaikan komunikasi dan pengangkutan.

Tentera Penyelamat Rohingya Arakan telah melancar serangan baharu ke atas balai polis di Rakhine pada 25 Ogos, menyebabkan penduduk di beberapa kawasan dalam daerah Maungtaw tersingkir. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • YANGON - MYANMAR. Kumpulan bantuan kemanusiaan global memberi amaran kepada Myanmar bahawa mereka akan memboikot mana-mana kem penempatan baharu untuk pelarian etnik Rohingya yang bakal pulang ke negeri Rakhine.
  • YANGON - MYANMAR. Myanmar membantah deraf resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) berhubung isu Rakhine, namun berikrar untuk menangani cabaran yang dihadapi di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.
  • YANGON - MYANMAR . Kekejaman Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya adalah satu bentuk dasar apartheid, menurut pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International berhubung siasatan punca krisis yang menyebabkan lebih 620,000 pelarian melarikan diri ke Bangladesh.
  • YANGON - MYANMAR. Lebih 60 anak muda Rohingya yang kini sedang menyambung pengajian di madrasah Qawmi di Bangladesh menggunakan platform aplikasi mesej WhatsApp untuk mengumpul dana bagi pelarian di Cox's Bazar dan membantah penganiayaan berterusan tatmadaw di Myanmar.