BALING - Lebih 1,000 penduduk dari 51 rumah membabitkan lima buah kampung menjadi mangsa banjir kilat yang melanda daerah ini buat kali kedua dalam tempoh tiga hari.

Kampung yang terjejas ialah Kampung Sri Keteng, Kampung Batu 60, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Baru dan Kampung Lalang.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa aliran sungai di kawasan petempatan penduduk dinaiki air.

"Bagaimanapun, sehingga jam 6.30 pagi tadi keadaan kembali pulih dengan paras air semakin menurun. Mangsa yang sebelum ini dipindahkan sementara waktu ke tempat tinggi, sudah pulang dan mula membersihkan rumah secara bergotong-royong.

"Tiada pusat pemindahan rasmi dibuka manakala penduduk sudah diberikan bantuan awal oleh pelbagai pihak termasuk pasukan bridged bencana Pejabat Anggota Parlimen Baling, bomba, polis, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), " katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga Jumaat lepas, jumlah keseluruhan rumah yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa mukim di daerah ini ialah 535 buah dengan 2,420 penduduk menjadi mangsa, bagaimanapun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan paras air semakin menurun semalam. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KERAYONG - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Triang terutama Kampung Paya Pagar diminta terus peka dengan kenaikan air sungai demi keselamatan ahli keluarga masing-masing.
  • KUALA LIPIS - Penduduk Kampung Kuala Medang di sini sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir apabila tiba musim tengkujuh namun kesemua kira-kira 150 daripada 1,000 penduduk tetap perlu diberi tumpuan utama jika musibah itu berlaku.
  • ALOR SETAR - Bukan sekali tetapi 11 kali terpaksa berdepan banjir dalam tempoh sebulan.
  • MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup sejak semalam, masih tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini berikutan paras air belum surut.
  • SUNGAI UDANG - Kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi yang terlibat dalam sebarang bencana alam di negeri ini telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.