SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual kembali memulakan tugas rasminya pada Ahad ini berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bagaimanapun pakar perubatan menasihatkan Ahmad Bashah supaya memulakan tugasnya secara perlahan-lahan.

"Menteri Besar sudah sihat dan beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 3 Julai (Ahad) nanti di Wisma Darul Aman, diikuti program moreh bersama media dan satu lagi program keesokan harinya.

"Sekarang ini beliau masih berehat di rumah. Doktor menasihatkannya untuk bermula dengan perlahan-lahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Muafakat Soq Mahasiswa Kedah 2016 di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di sini, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, Ahmad Bashah bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun belum pasti kekerapannya.

Ahmad Bashah dilaporkan pitam ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 4 Jun lalu sebelum dikejarkan ke Kedah Medical Centre dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari berikutnya.

Sepanjang berada di HPP, Ahmad Bashah turut menjalani pembedahan akibat komplikasi usus. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Enggang di Sik disebabkan berlaku pelanggaran syarat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).
  • ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengumumkan pinjaman sebanyak RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf lima loji rawatan air (LRA) di kawasan luar bandar di negeri ini pada kadar segera.
  • ALOR SETAR - Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin digesa menarik balik kenyataan menggesa supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta-merta baru-baru ini.
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
  • ALOR SETAR - Seramai 3,000 orang dari kawasan Parlimen Alor Setar terpilih untuk Program Umno Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum) hari ini.