KUALA NERUS - Kerajaan negeri mewajibkan semua kakitangan awam, pegawai syarikat berkait kerajaan (GLC) dan pengerusi JKKK di seluruh negeri mendaftar sebagai sahabat Revolusi Anti Rasuah (Gerah).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelaksanaan serta-merta itu sebagai tanda sokongan kepada usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menentang rasuah di negara ini.

Menurutnya, keahlian bukan melibatkan kakitangan sektor kerajaan semata-mata, sebaliknya turut meliputi isteri atau suami serta anak-anak berusia 18 tahun ke atas.

“Saya memutuskan untuk mewajibkan semua kakitangan awam, GLC dan pengerusi JKKK di negeri ini menjadi sahabat Gerah, selari dengan salah satu prinsip Transformasi Terengganu Baharu iaitu integriti.

“Sekiranya ada antara mereka tidak mahu ikut serta (jadi sahabat Gerah), bermakna tidak suka bersama (kerajaan),” katanya ketika hadir menyempurnakan Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah di Dataran Pantai Teluk Ketapang, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Dalam pada itu, Dzulkifli memaklumkan, ketika ini sahabat Gerah yang diwujudkan Ogos lalu telah mencapai keahlian seramai 60,000 orang di seluruh negara.

Penubuhan sahabat Gerah itu merupakan satu lagi pendekatan diambil agensi itu bagi memerangi jenayah rasuah dan salah laku secara lebih menyeluruh.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini, dibebaskan hari ini daripada tahanan reman lima hari bagi membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran sijil asasi sains kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.
  • PORT DICKSON - Bekas penolong pegawai tadbir Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pagi tadi untuk permohonan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • TELUK INTAN - Keengganan pembangkang menyerahkan senarai calon PRU kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan dilihat memberi kelebihan kepada Umno.
  • BANDAR JENGKA - Kerjasama Pejabat Pendidikan Maran (PPD) bersama Suruhajaya Pencegahan Rasuan Malaysia (PDRM) dalam membanteras rasuah melalui sistem pendidikan awal di sekolah semenjak wajar dipuji kerana bertepatan pepatah melentur buluh, biar dari rebungnya.
  • GEORGETOWN - Pas Pulau Pinang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan negeri berhubung alam sekitar dan kejadian banjir yang kerap melanda negeri itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.