SETIA ALAM - Penjual cakera padat video (VCD) cetak rompak berdesup melarikan diri selepas menyedari kehadiran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor.

Operasi kira-kira jam 6 petang, Sabtu lalu, di pasar malam, di sini, dijalankan hasil pemantauan pihaknya.

Ketua Unit Hakcipta KPDNKK Selangor T Kartikesu berkata, dalam operasi itu, dipercayai seorang peniaga di pasar malam itu telah menghilangkan diri.

"Pemeriksaan kita telah merampas 102 keping VCD pelbagai tajuk.

"Kita turut merampas kaki meja dan papan lapis yang mana kesemuanya dianggarkan bernilai RM310," katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan dipercayai peniaga ini telah aktif menjual VCD cetak rompak ini sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, pihaknya dalam usaha mengenalpasti peniaga terbabit.

Kes disiasat bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Sejumlah 156 tan simen tiruan bernilai RM78,000 yang telah siap dibungkus untuk diedar dirampas dalam serbuan di Jalan Bukit Minyak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, semalam.
  • DAMANSARA - Harga di rak lain, selepas diimbas pula lain, itu antara dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor ketika pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini, Sabtu lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Dua pusat sembelihan ayam di daerah ini diperiksa dalam satu operasi bersepadu bagi memastikan kaedah penyembelihan dijalankan mengikut hukum syarak.
  • KUALA LUMPUR - Tiga premis menjual barangan tiruan diserbu Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di sini Rabu lalu.
  • KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan pemantauan secara berterusan di pasar raya dan pusat membeli belah bagi mengelak daripada berlakunya sebarang penipuan jualan murah di negeri ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.