TAPAH - Seorang penunggang motosikal maut apabila dirempuh sebuah kereta semasa sedang membaiki motosikalnya itu yang rosak di lorong kecemasan di Km 334.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, Afiq Syahir Abdul Maulud, 25, yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata dalam insiden itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Cameron Highlands.

Beliau berkata seorang lelaki berumur 26 tahun yang memandu kereta jenis Suzuki Swift dari Johor Bahru ke Ipoh  dipercayai mengantuk dan melanggar mangsa yang sedang membaiki motosikalnya di lorong kecemasan.

"Akibat kemalangan itu mangsa tercampak lebih kurang 10 meter dan pemandu kereta terbabit menghantar mangsa ke Hospital Tapah.

"Dua rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian untuk membantu mangsa membaiki kenderaannya sempat mengelak daripada dirempuh kereta itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya sebuah kenderaan jentera berat JCB sekitar jam 9.20 pagi tadi di kilometer 2 Jalan Linggi Rantau.
  • BATU PAHAT - “Buat masa ini saya terpaksa berhenti kerja dahulu, anak saya alami kecederaan serius di kaki kanannya akibat kemalangan bulan lalu,” kata Nurul Asyiqin Abdullah, 31.
  • PUCHONG - Dua remaja parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.7, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Saujana Putra ke Shah Alam, di sini, pagi tadi.
  • MERSING - Seorang lelaki maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 11 Jalan Jemaluang-Mersing awal pagi tadi.
  • KLUANG - Seorang bapa sedia memaafkan penunggang motosikal yang melanggar anak lelakinya, Muhammad Furqan Danial Md Fadzli, 2, di hadapan rumahnya di Jalan Intan 4/5, Taman Intan, di sini, 7 November lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.