KUANTAN - Kerajaan Pahang akur terhadap sebarang tindakan yang diambil kerajaan pusat terhadap kegiatan bauksit di negeri ini sejak moratorium dilaksanakan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menyita bahan mineral itu dianggap sebagai tindakan wajar memandangkan badan itu melakukan siasatan terhadap kegiatan itu sebelum ini.

"Mungkin tindakan menyita adalah yang terbaik buat masa ini.

"Apa sahaja tindakan diambil  kerajaan persekutuan kita akur,"katanya kepada media ketika ditemui selepas Melancarkan Jentera Pemuda Umno Pahang , hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Shahar Abdullah.

Adnan berkata, SPRM bertindak sedemikian selepas mendapat maklumat berhubung kegiatan bauksit secara haram.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita keseluruhan simpanan stok bauksit di Pahang berjumlah lebih 10 juta tan metrik bagi membantu siasatan terhadap isu perlombongan bauksit haram.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia melancarkan skuad Cakna Bah sebagai persediaan untuk menjaga kebajikan anggota mereka sekiranya Kelantan dilanda banjir tahun ini.
  • KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengesahkan seramai 38 orang ditangkap bersabit kesalahan rasuah di Terengganu, sejak Januari sehingga kini.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi menunggu Kerajaan Negeri Selangor untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
  • ALOR SETAR - Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, selepas tuntutannya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak diendahkan.
  • KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menjangkakan membuat penahanan baharu ke atas individu lain bagi membantu siasatan kes sindiket pencerobohan nelayan asing di perairan negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.