ALOR GAJAH - Seorang pemberi pinjaman wang berlesen ditemui mati dalam keadaan terbaring di hadapan pagar rumahnya di Kampung Pulau Sebang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, Utom Singh Gurdev Singh, 51, ditemui dalam keadaan berdarah di bahagian belakang kepala serta mulut.

Mayatnya ditemui isteri mangsa, Sutminder Jitkor, 42, selepas dimaklumkan seo­rang jiran.

Menurut Sutminder, ketika kejadian, dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan panggilan jirannya mengenai keadaan suaminya itu.

“Saya segera melihat keadaan suami saya terbaring dengan kesan darah. Manakala telefon bimbit suami saya berada di sebelah mayatnya,” katanya.

Menurutnya, dia segera mengambil kunci kereta suaminya, bagaimanapun tidak menemui dompet suaminya.

“Suami saya sebenarnya baru pulang bekerja di bandar Melaka. Dia bekerja pemberi pinjaman wang berlesen di Alor Gajah.

“Saya tidak berani mengesyaki kejadian menimpa suami saya kerana setahu saya, dia tidak punyai musuh,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Sutmin-der berkata, suaminya itu sejak beberapa hari lalu kelihatan muram dan pendiam, bagaimanapun dia tidak menegurnya kerana beranggapan suaminya itu penat.

Malah, suaminya sebelum ini pernah berseloroh mengatakan akan hidup sehingga 13 Februari sahaja tanpa mengesyaki apa-apa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superin­tendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, polis masih menunggu hasil bedah siasat ke atas mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah atau ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Nama Plaza Tol Ayer Keroh sewajarnya ditukarkan kepada Plaza Tol Durian Tunggal bertepatan kedudukan lokasi itu dalam Mukim Durian Tunggal dalam Daerah Alor Gajah.
  • ALOR GAJAH - Dua orang termasuk pemandu bas cedera apabila kenderaan itu terbalik dalam kejadian di Km 215.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, awal pagi tadi.
  • ALOR GAJAH - Kerajaan negeri akan mengkaji untuk memasukan kos pemasangan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan dalam cukai atau lesen perniagaan berikutan tidak banyak Jalur Gemilang dikibarkan menjelang Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
  • ALOR GAJAH - Lebih 3O jemaah Masjid Raudhatul Solehin Ayer Limau mengadakan bantahan secara aman kerana mendakwa pemilihan beberapa jawatankuasa baharu masjid berkenaan tidak telus.
  • ALOR GAJAH - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Kampung Durian Daud, Masjid Tanah untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.