BACHOK - Kempen Kelantanku Bersih diteruskan sempena Ambo Nok Sihat peringkat daerah Bachok di Pantai Irama, baru-baru ini.

Kempen Riadah Sambil Kutip Sampah (Ria Sakusa) itu bermula jam 5 petang disertai pelajar sekolah dari seluruh Kelantan.

Kempen yang masuk siri kelapan itu mula dijalankan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa bulan lalu di seluruh negeri ini.

Ia dimulakan oleh aktivis daripada

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) dan beberapa NGO lain di Kelantan.

Ketua aktivis, Dr Muhd Al-Aarifin Ismail berkata, kempen Kelantanku Bersih bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih khususnya di kawasan tumpuan di negeri ini seperti lokasi riadah pantai, air terjun, pekan dan bandar.

Menurutnya, kempen itu juga untuk meningkatkan kefahaman, kelakuan dan amalan berkaitan kebersihan dalam kalangan rakyat Kelantan.