PASIR MAS – Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib ditanggung seorang pesakit barah hidung apabila dirinya tidak mampu lagi bekerja berikutan penyakit yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Zakaria Salleh, 62, yang sebelum ini adalah seorang tukang rumah di Kampung Bakong berkata, keadaan berkenaan memaksa anak dan isterinya bekerja sebagai pembantu juru masak di kantin sebuah sekolah untuk terus menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Akibat penyakit tersebut, dia mengalami alahan teruk terutama jika berada di kawasan pembinaan.

“Saya dah hampir putus asa disebabkan penyakit ni. Tapi, bila fikirkan kecekalan anak-anak dan isteri, saya berasa sedikit tenang,” katanya, selepas menerima lawatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Rosnani Ab Manaf, semalam.

Beliau turut menyerahkan Surat Bantuan Kelulusan Bantuan Pesakit Kanser daripada Majlis Kanser Nasional (Makna).

Beliau berkata, Zakaria akan menerima bantuan sebanyak RM250 selama enam bulan, sebagai bantuan kos rawatan penyakit tersebut.

Sementara itu, Pegawai Jasa Meranti, Ahmad Anuar Husin berkata, bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan membantu rakyat dalam kesulitan.

“Kami harap Zakaria dan keluarga tidak berputus asa untuk sembuh daripada penyakit tersebut,” katanya.


 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR MAS - Seorang bayi 17 bulan yang menghidap penyakit hati memerlukan bantuan orang ramai berjumlah RM160,000 untuk membolehkannya menjalani pembedahan bagi merawat penyakit biliary atresia atau kegagalan hati.
  • PASIR MAS - Pasangan suami isteri yang tidak bekerja kerana menderita penyakit jantung dan angin ahmar meminta bantuan pihak berkenaan bagi menampung keperluan keluarganya di Kampung Keranji, Kangkong di sini.
  • PASIR MAS - Sebuah keluarga di Kampung Chat, Tok Uban di sini, terpaksa tinggal dalam sebuah pondok yang dibina daripada buluh dan kayu terpakai kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
  • PASIR MAS - Seorang wanita terpaksa menggalas tanggungjawab mencari rezeki buat keluarganya selepas suaminya terlantar sakit kerana diserang penyakit strok saraf.
  • PASIR MAS - Setelah hampir 20 tahun menumpang tandas jiran, impian sebuah keluarga memiliki bilik air serta dapur selesa akhirnya menjadi kenyataan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.