MPSepang sasar 5 juta pelancong sempena TMS2020

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari (tiga, kanan) ketika menyempurnakan simbolik pelancaran TMS2020 sambil disaksikan Mohd Fauzi (dua, kiri) di Internationale Tourismus Borse (ITB) Berlin, Jerman.

A
A
A

SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyasarkan 5 juta pelancong ke daerah ini menjelang Tahun Melawat Sepang 2020 (TMS2020).

Yang Dipertua MPSepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pihaknya turut menyasarkan hasil pendapatan sebanyak RM5 bilion dengan kehadiran 80 peratus pelancong domestik dan 20 peratus pelancong antarabangsa.

Menurutnya, dalam usaha mencapai hasrat itu, MPSepang mengadakan promosi Pra-Pelancaran TMS2020 di Internationale Tourismus Borse (ITB) Berlin, Jerman.

“Sempena majlis pelancaran ini, kami sasar pelancong dari Eropah dengan memperkenalkan kepada mereka lokasi tarikan pelancongan dan produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di Sepang.

“Selain di Eropah, MPSepang juga meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong dari Singapura, China, Jepun, Korea Selatan, Australia selain pelancong tempatan,” katanya.

MPSepang ketika mengadakan promosi Pra-Pelancaran TMS2020 di Internationale Tourismus Borse (ITB) Berlin, Jerman
MPSepang ketika mengadakan promosi Pra-Pelancaran TMS2020 di Internationale Tourismus Borse (ITB) Berlin, Jerman

Mohd Fauzi berkata, objektif TMS2020 adalah untuk memperkenalkan Sepang sebagai daerah pelancongan Selangor selain menjana ekonomi masyarakat tempatan melalui pembangunan sebagai destinasi membeli-belah dan tumpuan pelancong.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, TMS2020 juga bagi martabatkan kebudayaan tempatan, sejahterakan masyarakat melalui program pelancongan tempatan dan mewujudkan infrastruktur lengkap serta selesa di kawasan tumpuan pelancongan daerah Sepang.

“Antara program akan diadakan termasuk ‘Cultural Festival’, TMS2020 Run Tournament, River Cruise @ Sungai Sepang Besar, Local Product @ Sepang, Dragon Fruit Festival @ Sepang, Shopping Destination @ Sepang, Bagan Lalang Beach Festival, MotoGP dan Malaysia Agricultural, Horticulture & Agro Tourism (MAHA).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari (tujuh, kanan) ketika menyempurnakan Pra-Pelancaran TMS2020 di Internationale Tourismus Borse (ITB) Berlin, Jerman

“Kami yakin Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA2 sebagai pintu masuk utama ke negara serta Sepang International Circuit (SIC) yang terletak di daerah Sepang, Cyberjaya dan daerah ini dilihat berada di fasa lebih bersedia sebagai daerah pelancongan yang dinamik,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, sektor industri itu dengan potensi yang sangat besar, sedang dipacu untuk menjadi salah satu penjana utama ekonomi daerah dan rakyat

Sementara itu, menurutnya, TMS2020 bertema ‘Sepang Gerbang Negara’ menepati matlamat hala tuju kerajaan negeri yang mahu sektor pelancongan menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri.

"Ini sekali gus mengembangkan peluang pekerjaan dan penyelidikan lebih agresif pada masa akan datang,” katanya.