PRU13: Gatera nasihat rakyat pilih pemimpin terbaik

PRU13
A
A

KUALA LUMPUR - Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera) yang ditubuhkan minggu lalu mahu menggerakkan kempen bagi menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memilih wakil rakyat berkualiti pada 5 Mei ini. Pengerusinya, Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, pihaknya akan turun padang dan tekad untuk menyedarkan rakyat supaya memilih pemimpin politik yang memperjuangkan nilai luhur masyarakat yang beradab. "Kami juga  bertekad tampil ke medan masyarakat untuk mengemukakan segala keburukan yang berlaku dalam arena politik Malaysia serta menolak amalan politik kotor seperti fitnah, lucah, kejian," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. Gatera ditubuhkan pada 17 April lalu oleh sekumpulan ilmuan, sarjana, ulama, sasterawan, budayawan dan aktivis sosial termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Dalam pada itu, Shaharir berkata, Gatera turut melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan politik yang berlaku sekarang, terutamanya menuju PRU13. "Kami melihat persekitaran politik Malaysia kini berada pada tahap yang parah. "... sebahagian daripada para pemimpin, ilmuan dan ulama ternyata tidak dapat menjadi penjaga kepada nilai murni masyarakat ini," katanya lagi. Sehubungan itu katanya lagi, Gatera akan menggunakan media alternatif seperti facebook dan twitter untuk menyalurkan pandangan serta maklumat mereka. Gatera dianggotai oleh 40 orang ahli iaitu: Dr Shaharir Mohamad Zain (Ketua) Datuk A.Samad Said (Sasterwan Negara dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0) Prof. Emeritus Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) Prof. Emeritus Abdullah Hassan (ilmuan dan budayawan) Prof. Emeritus Ahmat Adam (sarjana sejarah) Prof. Barjoyai Bardai (sarjana sejarah) Prof. Ismail Mohd (sarjana matematik) Prof. Md Nor Othman (sarjana pemasaran) Prof. Mohamed Aslam Mohamed Haneef (sarjana ekonomi Islam) Prof. Mohd Nazari Ismail (sarjana pentadbiran perniagaan antarabangsa) Prof. Mokhtar Abdullah (sarjana statistik) Prof. Wan Manan (Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) Prof. Wan Ramli Wan Daud Dr. Abdul Halim Muhammad (sarjana syariah dan undang-undang) Dr. Aida Idris (sarjana keusahawanan dan sosioekonomi) Dr. Ghazali Basri (sarjana perbandingan agama) Dr. Maszlee Malik (sarjana sains politik) Dr. Mat Rofa Ismail (sarjana matematik Islam) Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (sarjana matematik) Dr. Noriah Mohamed (sarjana kesusateraan Melayu) Dr. Nurdeng Durasheh (sarjana ketamadunan) Dr. Paridul Adras Ismail (sarjana pendidikan) Dr. Pisol Maidin (sarjana etnosains kejuruteraan) Dr. Tajul Ariffin Noordin (sarjana pendidikan sains) Dr. Zaid Ahmad (sarjana ketamadunan) Dr. Zulkifli Hassan (sarjana undang-undang) Mohd Tarmizi Hasrah (sarjana linguistik Melayu) Othman Soh (sejarawan) Dinsman (sasterawan) Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras) Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi GMI) Ainon Muhammad (usahawan) Nur Hanim Kamaruddin (seniman) Hasni Abas (Setiausaha GMP) Kasim Muhammad (Setiausaha Paksi) Muhammad Faisal Abdul Aziz (Penolong Setiausaha Abim) Kamaruzaman Mohamad (Setiausaha)


×