X

Kindly register in order to view this article
!

Mukhriz malu Malaysia banyak masalah

Mukhriz sedang berucap dalam program hari ini.
A
A

BALING- Timbalan Presiden Bersatu Datuk Mukhriz Tun Mahathir mendakwa berasa malu apabila berada di luar negara kerana imej Malaysia di mata dunia semakin tercalar.

Mukhriz berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.

"Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.

"Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam progam Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai di sini, hari ini.

Mukhriz berkata, Pakatan Harapan akan memulihkan negara dengan salah satu agenda pentingnya ialah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, bukannya warga asing.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus