X

Kindly register in order to view this article
!

Mahfuz (kiri) menaikkan bendera gergasi Pas kawasan Jerlun sebagai simbolik perasmian Himpunan Hijau, sambil disaksikan Abd Ghani (kanan).
A
A

JERLUN - Ahli Pas diminta buat andaian bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan esok, berikutan tarikh pilihan raya masih belum diumumkan. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehubungan itu juga semua ahli Pas diminta melaksanakan Ops 100 hari agar sentiasa bersedia pada bila-bila masa. “Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.

Gerakan jentera di semua peringkat sudah lama bersiap siaga. Sebab itu saya minta kita andaikan esok adalah PRU13, jika esok tidak bubar Parlimen, kita andaikan esok lagi, hingga tiba tarikh sebenar,” katanya, selepas merasmikan Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas kawasan Jerlun.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas kawasan Jerlun, yang juga Exco Kerajaan Negeri, Abd Ghani Ahmad. Mahfuz berkata, selain dijadikan motivasi kepada jentera parti, ia juga sebagai persiapan awal ahli untuk sentiasa bersedia ekoran sukar untuk meramal tarikh PRU13.

“Bermula sekarang, saya mahu Operasi (Ops) 100 hari dilancarkan di semua kawasan Pas seluruh negeri. Bagi tempoh itu, semua perlu sedia termasuk peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan Dun (MTD), lokaliti dan cawangan,” katanya. Menurutnya, sekiranya dalam tempoh itu tidak berlaku PRU13, Ops 100 hari diteruskan bagi peringkat kedua sehingga tiba tarikh sebenar. “Dalam tempoh itu juga perlu ada ceramah dan merayu undi seolah kita akan mengundi 100 hari lagi.

Setelah berakhir 100 hari pertama, kita buat penilaian dan rangka peringkat kedua untuk penambahbaikan,” katanya. Mahfuz berkata, pihaknya yakin jalan menuju ke Putrajaya terbentang luas pada PRU13, ekoran pendekatan parti kini lebih efisien dan mesra pengundi.

“Setiap negeri ada pendekatan tersendiri. Contohnya Kedah, Sejuta Risalah diterbitkan Kerajaan Negeri memaparkan perbandingan BN dan PR, UPU perlu edar ke rumah yang jadi sasaran,” katanya.

Katanya lagi, pengundi kini lebih berpengetahuan dan bijak menilai, dan Pas perlu menggunakan pendekatan berbeza berbanding PRU12


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus