X

Kindly register in order to view this article
!

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A

PETALING JAYA - [VIDEO] Parti Amanah Rakyat (Amanah) mengesahkan belum menerima sebarang jemputan rasmi bagi menghadiri Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) di Kota Bharu, Kelantan, bulan depan. Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika pihaknya dijemput, mere akan meneliti objektif penganjuran himpunan tersebut terlebih dahulu. "Setakat ini belum dijemput lagi secara rasmi. (Kalau dijemput akan pergi?) Kita kena lihat dahulu objektifnya. Kita libatkan diri dengan Bersih (Bersih 4.0) jelas isu dan objektifnya. "Kita tak pergi Himpunan Baju Merah pun jelas objektifnya. Jadi kita sangat objektif. Kita akan lihat dulu apa objektif program itu," katanya pada sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. Sebelum ini, Pas memberitahu pihaknya akan menjemput semua parti politik pembangkang dan kerajaan serta NGO menyertai himpunan itu. Pas menganjurkan Himpunan Fastaqim atau 60,000 (H60K) yang turut dikenali sebagai Himpunan Hijau akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Oktober ini. Pengarah H60K, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, matlamat dan objektif himpunan itu berkait rapat dengan krisis yang melanda politik negara ketika ini. Nik Abduh yang juga Ketua Pemuda Pas berkata himpunan itu bagi membangkitkan semangat akar umbi parti.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!