Md Yusof dilantik Ketua JSJ IPK Johor

Majlis serah terima tugas antara Kamaluddin (kiri) dan Md Yusof (kanan) sambil disaksikan Mohd Khalil (tengah).
Majlis serah terima tugas antara Kamaluddin (kiri) dan Md Yusof (kanan) sambil disaksikan Mohd Khalil (tengah).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Risikan/Operasi Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad dilantik sebagai Ketua JSJ negeri yang baharu.

Md Yusof mengambil alih jawatan Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka.

Majlis serah terima tugas antara Md Yusof dan Kamaluddin yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Mohd Khalil dalam ucapannya memberitahu, Kamaluddin yang menjadi Ketua JSJ IPK Johor selama setahun 24 hari banyak membantu menangani jenayah di Johor.

“Beliau (Kamaluddin) mencurahkan tenaga, bakti dan idea dalam menangani masalah jenayah negeri ini. Saya percaya pengganti beliau (Md Yusof) dapat melipatgandakan usaha berhadapan kes jenayah dan merancang strategi lebih ampuh supaya masyarakat percaya dan berasa selamat,” katanya.

Sementara itu, Md Yusof berkata, beliau akan meneruskan segala usaha yang dilakukan Kamaluddin dan akan memperkasakan untuk memastikan keharmonian Johor supaya sentiasa dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan: