Kerajaan bakal dakwa pihak cemar sumber air

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan proses pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab mencemar sumber air sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur minggu depan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika ini tindakan penguatkuasaan pelbagai agensi negeri dan di peringkat Persekutuan sedang berjalan.

Menurutnya, agensi tersebut membabitkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan pihak berkuasa tempatan.

"Proses pendakwaan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 akan dilaksanakan minggu depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pindaan ke atas peruntukan undang-undang sedia ada juga akan disegerakan agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah.

Menurutnya, langkah itu diambil agar ia memberi pengajaran dan balasan setimpal dengan apa yang mereka dilakukan.

"Pindaan yang dibuat akan membabitkan Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Span dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat

Kerja remediasi tapak pencemaran sungai dimulakan

Artikel Berkaitan: