JDT mudah ratah Perak

Barisan pemain JDT meraikan jaringan Afiq pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. JDT menang 7-0 ke atas Perak. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Barisan pemain JDT meraikan jaringan Afiq pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. JDT menang 7-0 ke atas Perak. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membuktikan betapa mereka berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Perak dengan kemenangan 7-0 pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrera menjadi watak utama di sebalik kejayaan manis skuad Harimau Selatan itu apabila meledak hatrik dengan gol pada minit ke-36, 45 dan 63.

Terdahulu, JDT yang berjaya menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan minggu lalu membuka tirai jaringan menerusi ledakan Afiq Fazail pada minit ke-22.

Bintang muda meningkat naik, Ramadhan Saifullah Usman turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila menyumbat gol keempat JDT pada penghujung babak pertama.

Selepas selesa mendahului 4-0 pada babak pertama, JDT seakan-akan tidak mahu menoleh ke belakang lagi, sebaliknya anak-anak buah Benjamin Mora itu terus bersemangat menggempur kubu Perak.

Hasilnya, dua pemain gantian - Safawi Rasid dan Akhyar Rashid masing-masing meledak satu gol pada minit ke-79 dan 84 bagi memastikan JDT membawa pulang tiga mata berharga.

Dengan kemenangan itu, JDT terus gah di persada liga apabila mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan dan seri sekali manakala Perak kekal dengan lapan mata.

Artikel Berkaitan: