Muhyiddin komited perangi rasuah: GIACC

Abu Kassim
Abu Kassim
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat komited dalam memerangi rasuah dan melaksanakan tadbir urus yang baik dalam pentadbirannya, kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Hal ini disampaikan kepadanya ketika bertemu Muhyiddin pada Mac lepas bagi membincangkan mengenai Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

"Beliau terus menjawab - Abu, ya, saya yakin dengannya (NACP) dan saya mahu terus memerangi rasuah," kata Abu Kassim yang mengimbau kembali pertemuan dengan Muhyiddin ketika itu pada Forum Antirasuah Kedua di sini hari ini.

NACP yang dilancarkan tahun lepas, menetapkan visi menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah dengan tiga misi utama iaitu mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersih, untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan berdasarkan pentadbiran yang baik serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Abu Kassim berkata, memerangi rasuah di negara ini tidak seharusnya menjadi tanggungjawab Perdana Menteri sahaja, tetapi anggota Kabinet, sektor awam dan swasta serta semua segmen masyarakat juga perlu bersama-sama memainkan peranan. - Bernama

Artikel Berkaitan: