Yeop mahu lahir pemain berkualiti

Pemain import Perak, Gilmar da Silva mengetuai chant Sha La La pada majlis berkenaan.
Pemain import Perak, Gilmar da Silva mengetuai chant Sha La La pada majlis berkenaan.
A
A
A

PERAK berhasrat melahirkan pemain-pemain berkualiti dan mampu bersaing hingga ke peringkat global suatu hari nanti.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya mahu menyaksikan pemain-pemain skuad The Bos Gaurus itu beraksi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru menurutnya, semua pihak perlu memberikankeyakinan terhadap pemain terutamanya pemain-pemain muda tempatan.

“Kita nak latih supaya pemain kita jadi pemain global. Bukan hanya setakat beraksi di peringkat dalam negara dan dibeli oleh JDT, Selangor mahupun Kelantan, tetapi supaya suatu hari nanti pemain kita dilamar oleh Barcelona, Liverpool, Arsenal dan sebagainya.

“Ini bukan cakap main-main, kita nak latih pemain kita jadi pemain global dan bukan hanya setakat beraksi dalam negara sahaja,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi serta Pengenalan Pemain skuad Perak 2019 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), semalam.

Sementara itu Ahmad Faizal memaklumkan skuad The Bos Gaurus itu bakal memulakan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019 termask saingan kelayakan bagi Liga Juara-Juara Asia (ACL) tanpa menggunakan khidmat pemain import kelima.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas daripada pihak pengurusan pasukan termasuk ketua jurulatih yang berpuas hati dengan kesebelasan sedia ada.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini pengurus dan jurulatih berpuas hati dengan apa yang kita ada. Bila dah beri makluman, kita akui ada kebenarannya.

“Lagipun, pasukan kita pasukan muda. Hitung panjang rata-rata pemain kita adalah daripada 25 tahun ke bawah. Jadi ini satu pasukan yang boleh kita bawa jauh.

“Kalau terlalu banyak bawa masuk pemain baharu, akan ganggu keserasian. Kena yakin dengan pemain,” katanya.