Kenangan Bapa Kemerdekaan Negara

Syed Yahya menunjukkan gambar Tunku Abdul Rahman yang berada di dalam simpanan peribadi miliknya yang masih elok walaupun sudah berusia hampir 50 tahun.
Syed Yahya menunjukkan gambar Tunku Abdul Rahman yang berada di dalam simpanan peribadi miliknya yang masih elok walaupun sudah berusia hampir 50 tahun.
A
A
A

YAN - Sebut sahaja Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, sudah pasti banyak kenangan manis dan memori bersejarah tentang Bapa Kemerdekaan Negara itu muncul di benak fikiran kita selaku rakyat Malaysia.

Bagi seorang penduduk Kampung Kepala Bukit, Titi Teras, Syed Yahya Syed Puteh, 80, kenangan paling manis buatnya ialah ketika berpeluang merakamkan gambar sambutan keputeraan Tunku Abdul Rahman secara eksklusif.

Beliau yang meminati bidang fotografi berkata, peristiwa yang berlaku kira-kira 50 tahun lalu itu secara kebetulan ketika dirinya berada dalam majlis terbabit dan dijemput masuk ke ruang peribadi kerana sedang memegang kamera di tangan.

"Ketika itu, isteri Tunku, Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah mempelawa saya masuk, sedangkan para jurugambar dan wartawan yang berada di lokasi dilarang masuk.

"Saya amat terkejut apabila dipelawa masuk ke bilik peribadi selepas acara rasmi berakhir kerana ketika itu, Tunku ada pertemuan dengan beberapa pemimpin.

"Peluang keemasan itu tidak saya sia-siakan. Bagaikan seorang jurufoto profesional, saya merakamkan setiap momen terindah itu dan diabadikan dalam album peribadi yang saya simpan sehingga kini," katanya.

Syed Yahya bersama album gambar sambutan keputeraan Tunku Abdul Rahman yang masih tersimpan dengan baik.
Syed Yahya bersama album gambar sambutan keputeraan Tunku Abdul Rahman yang masih tersimpan dengan baik.

Beliau yang pernah memegang jawatan sebagai setiausaha jawatankuasa kampung berkata, minatnya itu membawa dirinya lebih dekat dengan pemimpin negara yang sangat disegani itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa sangat bertuah memiliki gambar Bapa Kemerdekaan Negara yang telah banyak berjasa memperjuangkan nasib orang Melayu dan Tanah Melayu," katanya.

Syed Yahya berkata, Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, sayang kepada negara dan sanggup berkorban demi kejayaan yang kita kecapi ketika ini.

"Bagi rakyat Malaysia, hargailah pengorbanan pemimpin kita, kekalkan perpaduan negara, jagalah nikmat yang dikecapi melalui perpaduan dan peliharalah kemerdekaan kita," katanya.

Syed Yahya menunjukkan potret Tunku Abdul Rahman yang berjaya dirakam dan disimpan dengan kemas di dalam album peribadinya.
Syed Yahya menunjukkan potret Tunku Abdul Rahman yang berjaya dirakam dan disimpan dengan kemas di dalam album peribadinya.