PAS Johor nafi dianaktirikan PN

Abdullah (tengah) hadir merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Johor di Pejabat Pas Bandar Baru Uda, hari ini.
Abdullah (tengah) hadir merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Johor di Pejabat Pas Bandar Baru Uda, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Pas Johor menafikan dakwaan partinya dianaktirikan Perikatan Nasional (PN) yang kini mentadbir kerajaan negeri memandangkan tidak diberi sebarang jawatan.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin berkata, pihaknya berpegang pada pendirian menyokong dan bersama PN di negeri ini meskipun tidak memegang apa-apa jawatan.

Jelasnya, pelantikan beliau dan seorang wakil Pas sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menepis dakwaan tersebut.

"Selain itu Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad telah mengumumkan untuk melantik wakil-wakil Pas sebagai Ahli Majlis di semua 16 PBT (pihak berkuasa tempatan) Johor.

“Jadinya tidak timbul soal kita tidak mendapat jawatan atau tidak. Biasalah cakap-cakap mulut dan ingin timbul persepsi oleh pihak-pihak tertentu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Johor di Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pilihan raya umum akan datang, katanya pihaknya terbuka untuk meletakkan calon bukan Islam bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.

"Sebelum ini pun Pas pernah meletakkan calon bukan Islam sejak Pilihan Raya Umum 2008, namun dalam soal ini kita tidak meletakkan sebarang kuota sebaliknya mengikut pertimbangan tertentu," katanya.

Artikel Berkaitan: