Mindef ambil tindakan syarikat pembekal lewat serah enam kapal LCS

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa untuk beramah mesra bersama Sarjan Adini Ismail bersama anaknya Nur Maya Alisha Amnizam, 2, yang menghidap leukimia dan down syndrom ketika melakukan lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentonmen hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa untuk beramah mesra bersama Sarjan Adini Ismail bersama anaknya Nur Maya Alisha Amnizam, 2, yang menghidap leukimia dan down syndrom ketika melakukan lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentonmen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat pembekal ekoran kelewatan penyerahan enam Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) bagi perolehan 2019.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, pihaknya hanya menunggu maklum balas daripada syarikat pembekal tersebut.

Beliau berkata, kementeriannya menjalankan siasatan berhubung perkara itu kerana syarikat pembekal gagal menyiapkan projek berkenaan dalam waktu yang ditetapkan.

“Mindef boleh menghantar tuntutan untuk bil lewat tetapi itu salah satunya tidak akan menyelesaikan masalah. Oleh itu, perkara ini akan dibentangkan dalam Kabinet dengan tiga cadangan saya sebut sebelum ini di Parlimen,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Batu Kentomen, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Mindef mempertimbang untuk menamatkan kontrak syarikat kontraktor yang membekal enam aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis LCS.

Susulan itu, Ismail Sabri memberi tiga cadangan hala tuju yang akan dikemukakan ke Kabinet sebagai langkah menyelamatkan semula kontrak.

Tiga opsyen itu adalah projek diteruskan dengan melantik Naval Group France sebagai kontraktor penyelamat melalui Deed of Assignment (Surat Ikatan Penyerahhakan) dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) menggunakan baki siling kontrak bagi menyiapkan sekurang-kurangnya dua unit LCS.

Artikel Berkaitan:

Bagi opsyen kedua, projek diteruskan oleh BNSSB dengan baki siling kontrak menyiapkan sekurang-kurangnya dua unit LCS manakala opsyen ketiga, kontrak dengan BNSSB ditamatkan oleh kementerian dan akan memulakan usaha menyelamatkan kontrak.

Isnin lepas, dalam LKAN mendapati MINDEF gagal mengenakan denda lewat sejumlah RM116.54 juta terhadap syarikat pembekal ekoran kelewatan penyerahan enam kapal LCS bagi perolehan 2019.

LKAN mendapati jumlah itu bagi kelewatan selama 245 hari dari tarikh sepatutnya diserahkan iaitu April 2019 sehingga pengauditan dilakukan. - Bernama