Gasma seru pemimpin Melayu bersatu padu

Ismail (tiga dari kanan) pada sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Tenera hari ini.
Ismail (tiga dari kanan) pada sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Tenera hari ini.
A
A
A

BANGI - Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma) menyeru semua pemimpin parti-parti Melayu di negara ini agar dapat bersatu padu di bawah satu ikatan atau parti.

Setiausaha Eksekutif Majlis Syura Gasma, Dr Ismail Omar berkata, langkah ini bagi membela nasib kaum Melayu dengan mengetepikan soal kepentingan peribadi semata-mata.

Beliau berkata, pengukuhan kuasa Melayu Islam di negara ini dapat mewujudkan kekuatan peraduan demi kelangsungan ummah.

"Gasma amat prihatin dengan cabaran semasa kepimpinan Melayu dan umat Islam di negara ini dalam menegakkan kalimah ALLAH SWT," katanya sewaktu sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Tenera hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, walaupun sistem demokrasi merupakan amalan berparlimen di negara ini namun setiap keputusan majoriti tidak semestinya betul dan tepat.

Menurut beliau, sekiranya terdapat perselisihan dalam sesuatu urusan, semua pihak perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah bagi mencari penyelesaian.

"Gasma juga seru semua pemimpin Melayu dan bumiputera agar dapat mengikhlaskan setiap keputusan dan tindakan yang diambil kerana ALLAH SWT.

"Setiap keputusan haruslah mendahului kepentingan umum berbanding peribadi, kelompok atau parti semata-mata," katanya.

Artikel Berkaitan: