PKPD: 300 keluarga terjejas terima barangan keperluan

300 keluarga berpendapatan rendah (B40) di kawasan PKPD secara pentadbiran menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Petronas.
300 keluarga berpendapatan rendah (B40) di kawasan PKPD secara pentadbiran menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Petronas.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 300 keluarga berpendapatan rendah (B40) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Petronas.

Pengurus Petronas Wilayah Tengah dan Utara, Zulkifli Othman berkata, sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM30,000 itu diharapkan dapat meringankan beban penduduk terjejas.

Katanya, Yayasan Petronas bersimpati dengan situasi dihadapi sebilangan penduduk Kedah yang menempuh kesukaran untuk meneruskan aktiviti harian susulan pelaksanaan PKPD secara pentadbiran bagi mengekangpenularan koronavirus (Covid-19) itu.

"Jadi, kami berharap sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban mereka terutama mereka yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja.

"Sumbangan dihulurkan Yayasan Petronas akan dikelolakan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengenal pasti keluarga daripada golongan B40 yang terkesan dengan penguatkuasaan PKPD secara pentadbiran ini," katanya.

Terdahulu, Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Petronas kepada 300 keluarga B40 terjejas berlangsung di Wisma Darul Aman, hari ini.

Turut hadir,Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Exco Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan, Halimaton Shaadiah Saad.

Katanya, sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga ini akan melibatkan mukim Ah, Hosba dan Binjai di daerah Kubang Pasu serta Kampung Ulu Padang Senai di daerah Padang Terap.

Artikel Berkaitan:

"Antara barangan keperluan asas yang akan dihulurkan adalah beras, minyak, telur, sardin, krimer, gula dan biskut,yang mana diharap dapat meringankan beban keluarga dari golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19," katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyambut baik usaha Yayasan Petronas yang menyumbangkan barangan keperluan harian untuk penduduk dikuarantin itu.

Katanya, pihaknya berharap syarikat korporat lain dapat mengikut jejak langkah kerja amal Petronas melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

-TAMAT-

KETERANGAN GAMBAR:

1. Sebahagian barangan keperluan harian akan disumbangkan kepada penduduk B40 terjejas kawasan PKPD secara pentadbiran pada Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Petronas kepada 300 keluarga B40 terjejas berlangsung di Wisma Darul Aman,hari ini.