KLFA letak harga RM13 juta

Skuad Kuala Lumpur yang mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga) musim ini. -Foto: Kuala Lumpur Hawks
Skuad Kuala Lumpur yang mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga) musim ini. -Foto: Kuala Lumpur Hawks
A
A
A

SEBANYAK RM13 juta atau lebih perlu dimiliki mana-mana individu atau syarikat yang mahu mengambil alih pasukan bola sepak ibu kota itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, harga itu merangkumi RM10 juta perbelanjaan untuk pasukan utama dan juga RM3 juta untuk perbelanjaan skuad Bawah 21, Bawah 19, Bawah 17 tahun, skuad wanita, futsal dan bola sepak pantai.

“Kalau ikutkan mana-mana pihak yang mahu ambil FC ini mereka perlu ambil semua sekali. Tetapi, jika dah fokus kepada pasukan utama, mungkin mereka tidak mampu uruskan semua pasukan lain. Jadi mereka mungkin bagi KLFA uruskan pasukan lain.

“Jadi pemilik baharu itu kena bantu kita dalam RM3 juta untuk uruskan pasukan muda dan pasukan lain yang ada. Jika mereka mahu ambil kesemuanya pun tak apa. Mungkin kena bayar sedikit token kepada kita atau macam mana. Segalanya masih boleh dibincangkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan beberapa syarikat dan individu telah menyatakan minat untuk mengambil alih pasukan Kuala Lumpur dan segala perbincangan masih di peringkat awal.

“Buat masa ini penswastaan kelab ini kita lakukan dengan konsep masih dimiliki sepenuhnya oleh KLFA. Andai kata dalam beberapa bulan nanti ada individu atau syarikat yang mahu ambil sepenuhnya mereka boleh berbuat demikian.

“Lagipun, KLFA masih boleh ada pegangan sehingga dua tahun dalam pasukan sehingga ada pihak yang betul-betul mahu ambil alih. Cuma bagi kita mudah saja perlu ada situasi menang-menang. Lagipun daripada segi pelesenan dan sebagainya masih diuruskan KLFA.

“Tahun ini dan 2021 mungkin mereka boleh membantu kita terlebih dahulu menguruskan pasukan dan pada2022 mereka boleh berjalan sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi segalanya masih dalam perbincangan. Kita tidak mahu terburu-buru dan perlu melihat dalam semua aspek kerana ia demi masa depan pasukan,” katanya.