Menangi tiket wayang filem Heilstatten

No Image Caption
A
A
A

FILEM Seram sememangnya mempunyai ramai peminatnya. Sepanjang tahun, filem dari genre ini sentiasa mengisi tayangan di pawagam malah mendapat sambutan hangat tanpa mengira latar bahasa.

Terbaru, sebuah lagi filem seram, Heilsttaten, bakal menghantui para penonton di pawagam mulai 6 Disember 2018.

Filem arahan Michael David Pate ini mengisahkan tentang empat orang Vlogger YouTube mencabar sesama sendiri untuk tinggal selama 24 jam di sebuah bekas klinik yang dipanggil Heilstatten dekat Berlin, Jerman.

Mereka yang pada mulanya seronok kemudian mendapati mereka bakal berdepan seksaan. Pelbagai kejadian yang sama sekali di luar jangkaan mereka sehinggakan tempoh 24 jam itu dirasakan seperti satu tempoh yang begitu lama, sekaligus mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak diingini.

Bagi yang ingin menonton secara percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem ini menerusi Tayangan Eksklusif #WayangHibSinar Sinar Harian, boleh menyertai peraduan di bawah ini.

No Image Caption



Bahasa: Inggeris

Pengarah: Michael David Pate

Pelakon: Nilam Farooq, Farina Flebbe, Sonja Gerhardr

Artikel Berkaitan:


Genre: Seram

Klasifikasi: P13

Tayangan: 6 Disember 2018

Edaran: TGVP

Cara Sertai Peraduan Heilstatten

Menangi tiket percuma menonton filem Heilstatten di WayangHibSinar Sinar Harian dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menyertai #WayangHibSinar dan menjadi antara yang terawal menonton filem Heilstatten #HeilstattenMY kerana: _________

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 29 November 2018)

Tarikh: 3 Disember 2018 (Isnin)

Masa: 8.00 malam

Lokasi: TGV 1 Utama


* Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik)