PRK DUN Slim: Armada Bersatu tak terasa hati kena 'boo'

Ahmad Zahid (kanan) menyerahkan bendera BN kepada wakil-wakil Pemuda BN sambil diperhatikan Mohd Hafez Mubin (tiga dari kiri) yang turut menerima bendera sama pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera Pemuda BN bagi PRK DUN Slim di Felda Residence Trolak, Tanjung Malim hari ini.
Ahmad Zahid (kanan) menyerahkan bendera BN kepada wakil-wakil Pemuda BN sambil diperhatikan Mohd Hafez Mubin (tiga dari kiri) yang turut menerima bendera sama pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera Pemuda BN bagi PRK DUN Slim di Felda Residence Trolak, Tanjung Malim hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kehadiran Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak ke Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Felda Residence Trolak, di sini hari ini seolah-olah tidak disenangi Pemuda BN.

Setiap kali nama Armada Bersatu disebut oleh pemimpin BN yang berucap, mereka di 'boo' oleh hadirin yang berada di dalam Dewan Rajawali, Felda Residence Trolak itu.

Bermula dengan ucapan Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memperkenalkan Ketua Armada Bersatu, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, orang ramai yang hadir terus bersorak.

Begitu juga ketika Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap, sekali lagi Armada Bersatu di 'boo'.

"Buat kali ketujuh Pemuda Pas bersama dengan kita, ini komitmen kita, mana kerusi Pas bertanding kita akan pastikan jentera BN menyokong. Kali kedua di Chini dan Slim, Armada bersama dengan kita (penyokong bersorak boo).

"Kita minta mereka buktikan jentera mereka bersama dengan kita. Buktikan mereka jujur dengan kita kerana kita mendukung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN)," kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan dan melancarkan Jentera Pemuda BN bagi PRK DUN Slim di Felda Residence Trolak, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon; Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad dan rakan-rakan komponen Pemuda BN.

Sementara itu, Mohd Hafez Mubin yang ditemui pemberita menjelaskan dia tidak mengambil hati terhadap tindakan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, perkara itu bukan halangan untuk Armada Bersatu mengerahkan jentera membantu memenangkan calon BN dalam PRK DUN Slim.