Lebih 50 petugas media berkampung di Slim River

Mohd Akmal (berdiri) menyantuni petugas media ketika melawat Pusat Media KKMM PRK DUN Slim di Tanjung Malim hari ini.
Mohd Akmal (berdiri) menyantuni petugas media ketika melawat Pusat Media KKMM PRK DUN Slim di Tanjung Malim hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Lebih 50 petugas media berkampung di Slim River bagi membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, bagi memudahkan petugas media menjalankan tugas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyediakan satu Pusat Media di Dewan Konvensyen KY, Slim River di sini.

Katanya, Pusat Media PRK DUN Slim yang mula beroperasi itu memberi keselesaan kepada petugas media untuk menyiapkan tugasan sepanjang PRK yang akan berlangsung sehingga 29 Ogos depan.

"Pusat Media ini dibuka bermula hari ini sehingga 29 Ogos dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Kemudahan ini disediakan pihak KKMM mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Dari segi media yang mula terlibat, seramai 50 wakil media yang mula bertugas hari ini boleh menggunakan kemudahan dan maklumat di Pusat Media ini," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media KKMM PRK DUN Slim, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Akmal berkata, calon-calon juga dibenarkan untuk melawat pusat media dan mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan misi serta visi mereka untuk DUN Slim ini.

Artikel Berkaitan: