Lelaki rebah di pusat penamaan calon

Pegawai perubatan membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan lanjut di HSR.
Pegawai perubatan membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan lanjut di HSR.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki rebah di kawasan parkir di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 8.40 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun itu rebah dan tidak sedarkan ketika warga media sedang menunggu ketibaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.

Bagaimanapun, mangsa yang pengsan dan mengalami luka di dahi diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Slim River (HSR).

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, mangsa sudah dibenarkan keluar hospital selepas lebih dua jam menerima rawatan.

“Mangsa bukan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti didakwa dan punca kejadian belum diketahui,” katanya.

Artikel Berkaitan: