MAIWP anjur pertandingan khat perkasa tulisan jawi

Akbar (dua dari kanan) melihat peserta yang menyertai pertandingan khat peringkat MAIWP di Ibu Pejabat Perkim dekat Kuala Lumpur semalam.
Akbar (dua dari kanan) melihat peserta yang menyertai pertandingan khat peringkat MAIWP di Ibu Pejabat Perkim dekat Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyahut seruan kerajaan dalam usaha memartabatkan tulisan jawi menerusi penganjuran pertandingan khat peringkat agensi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon berkata, peserta pertandingan terdiri dalam kalangan warga MAIWP dan anak syarikat miliknya yang melibatkan pelbagai latar belakang pendidikan serta kerjaya.

Menurutnya, antara yang mengambil bahagian ialah Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, Hospital Pusrawi dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP).

“Menerusi pertandingan tersebut, peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan disediakan oleh penganjur bagi memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

“Bagi soalan pertama, peserta diberikan potongan ayat al-Quran yang wajib ditulis dalam khat Thuluth, manakala soalan kedua, peserta diberikan ayat dalam bahasa Melayu dan peserta dikehendaki menulisnya dalam tulisan jawi mengikut seni khat sama ada Nasakh, Raka’ah, Parsi, Diwani atau Kufi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau penganjuran pertandingan khat itu yang berlangsung di bangunan Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Akbar berkata, seramai 30 peserta menyertai pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori itu yang turut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM7,000.

Menurutnya, johan setiap kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, naib johan (RM750) dan tempat ketiga (RM500).

Artikel Berkaitan:

“Hadiah sagu hati berupa wang tunai sebanyak RM250 pula diberikan kepada lima pemenang bagi setiap kategori,” katanya.