Lelaki terlibat jual organ manusia serah diri di IPD Kuching

Suspek ditahan selepas menyedari dirinya diburu polis berikutan pendedahannya kepada seorang wartawan yang menyamar dan suspek dipercayai broker menawarkan penjualan buah pinggang diperoleh daripada mangsa miskin.
Suspek ditahan selepas menyedari dirinya diburu polis berikutan pendedahannya kepada seorang wartawan yang menyamar dan suspek dipercayai broker menawarkan penjualan buah pinggang diperoleh daripada mangsa miskin.
A
A
A
KUCHING - Seorang lelaki berusia 48 tahun yang baru-baru ini mendedahkan penglibatannya dalam pemerdagangan organ manusia di seluruh dunia kepada akhbar Britain ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini hari ini

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M M Sree berkata, suspek tampil di IPD itu pada jam 1.45 petang selepas menyedari dirinya diburu polis berikutan pendedahannya kepada seorang wartawan The Sun yang menyamar bahawa suspek dipercayai broker menawarkan penjualan buah pinggang yang diperoleh daripada mangsa miskin.

“Lelaki itu akan direman pagi esok untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” kata Dev Kumar dalam kenyataan melalui WhatsApp.

Dalam artikel pada 8 Ogos, The Sun melaporkan lelaki itu memberitahu kepada wartawannya yang dia boleh menawarkan pakej pelancongan pemindahan organ secara haram untuk warga Britain.

Dalam artikel itu, suspek digambarkan sebagai broker jahat yang mendalangi 45 penjualan buah pinggang secara haram dan menggunakan Facebook untuk menarik mangsa yang dilanda kemiskinan dari seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit yang amat memerlukan. - Bernama
Artikel Berkaitan: