X

Kindly register in order to view this article
!

Asri Janggut mohon maaf tuduh polis, tentera tidak jaga solat

Mohd Asri (Permohonan maaf daripada Mohd Asri di Facebooknya hari ini.)
A
A

SHAH ALAM - Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sebelum ini yang mendakwa kebanyakan mereka yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.

Permohonan tersebut dibuat susulan rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.

"Bismillah. Assalamualaikum semua, saya memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran saya. Saya benar-benar rasa bersalah atas perkara yang berlaku.

"Saya akui kesilapan saya ini. Maafkan saya atas kejahilan saya," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang turut membidas kenyataan Mohd Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut itu.

Bagi Musa, ramai Muslim berpakaian seperti alim, zuhud dan sungguh bertakwa tetapi memperlihatkan riak apabila membuat tuduhan terhadap tentera dan polis beragama Islam tidak taat kepada perintah ALLAH.

"Ia tidak melihatkan peribadi sebagai seseorang yang berilmu," katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN Bukit Aman siasat kenyataan Asri Janggut hina polis, ATM

Tak berniat cetus kontroversi, Asri Janggut mohon maaf...

SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!