Ketua Armada Muar keluar parti

Riadilafan (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada 40 ahli Armada Muar yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
Riadilafan (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada 40 ahli Armada Muar yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
A
A
A

MUAR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Muar, Riadilafan Ahmad bersama 40 ahli Armada mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Riadilafan berkata, tindakan itu diambil kerana beliau melihat perjuangan Bersatu kini sudah tidak sama seperti awal penubuhannya, malah sudah bersama dengan parti yang dilawannya dahulu.

"Buat permulaan ini, hanya 40 orang yang keluar parti. Selepas ini saya percaya akan ada yang menyusul kerana setiap hari ada sahaja yang mengusulkan mahu keluar parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Riadilafan berkata, beliau bagaimanapun masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik lain setakat ini.

"Mengenai parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya perlu tengok dulu arah tuju parti itu sebelum buat sebarang keputusan," katanya.

Artikel Berkaitan: