TSS FC erat ukhuwah

Pemilik TSS FC, Tengku Nana bersama sebahagian pemain dan ibu bapa masing-masing semasa percutian di Berjaya The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang Terengganu.
Pemilik TSS FC, Tengku Nana bersama sebahagian pemain dan ibu bapa masing-masing semasa percutian di Berjaya The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang Terengganu.
A
A
A

TSS FC melalui pasukan junior dimiliki Tengku Shakirinal Sulaiman Shah yang mesra disapa Tengku Nana memberi perhatian kepada pembangunan akar umbi sebagai elemen penting dalam usaha memastikan pemain muda mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

Jelas Tengku Nana, beliau mengambil pendekatan berbeza dengan membawa pemain muda ini menikmati percutian sebagai usaha membantu moral pemainnya selepas komited di peringkat pertandingan bagi mengelakkan tekanan atau depresi.

Katanya, percutian ke pusat peranginan seperti Berjaya The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang Terengganu bukan sahaja memberikan manfaat kepada faktor fizikal sebaliknya mampu memberikan input positif kepada aspek mentaliti pemain muda TSS.

Bendera TSS FC berkibar megah di atas kapal semasa percutian pemain di Berjaya The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang Terengganu.
Bendera TSS FC berkibar megah di atas kapal semasa percutian pemain di Berjaya The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang Terengganu.

Tengku Nana mengakui langkah itu berjaya membantu membentuk pasukannya menjadi lebih baik sekali gus beliau akan memastikan aktiviti percutian sedemikian sebagai rutin jika diizinkan mengikut keadaan semasa.

“Satu pengalaman yang tidak boleh dibeli apabila kamu diberikan peluang menjaga pemain muda berbakat ketika mereka berusia bawah tujuh, 10 dan 12 tahun, dan saya mahu memainkan peranan membantu kanak-kanak ini. Saya menghormati kesemua ahli keluarga dan budak-budak ini dan mereka sendiri bagaikan keluarga saya sendiri.

Skuad B-7 TSS Jewels FC.
Skuad B-7 TSS Jewels FC.

“Amanah saya adalah menjaga budak-budak ini sebaik mungkin dan membawa mereka bercuti di Malaysia seperti di Berjaya The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang Terengganu adalah antara cara untuk merapatkan lagi perhubungan sesama mereka bagi sebarang aktiviti di luar padang.

Artikel Berkaitan:

“Bercakap mengenai percutian, ia bermaksud kita mengambil masa untuk diri saya lebih mengenali jati diri pemain ini lebih mendalam. Ini penting amat.

“Paling mustahak, pemain dapat mengambil masa bercuti dapat membantu kita untuk kembali merasa tenang dan segar di mana secara tidak langsung ia mengurangkan rasa ‘burn out’, ia dapat menjadikan ia lebih kreatif dan produktif sekali gus juga dapat memperbaiki prestasi pemain,” katanya kepada Sinar Harian.

TSS FC yang berpangkalan di Shah Alam adalah kelab bola sepak akar umbi yang didaftarkan pada September 2019 terdiri dalam kalangan pemain berusia seawal tujuh tahun hingga ke 12 tahun.

Skuad B-10 TSS Jewels FC
Skuad B-10 TSS Jewels FC

Skuad di TSS FC pada ketika ini merangkumi skuad Bawah-7, B-10 dan B-12 dengan jumlah bakat seramai 45 pemain dan dibimbing enam jurulatih telah memenangi beberapa kejohanan dalam dan luar negara sejak ditubuhkan tetapi aktiviti mereka tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Dalam perkembangan sama, Tengku Nana merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang menjadi penyuntik semangat dalam menyaksikan kejayaan TSS FC sebagai kelab akar umbi.

“Ibu bapa pemain memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan moral pada saya dan pasukan saya untuk bantu anak-anak mereka ke arah lebih cemerlang dan ini menguatkan semangat saya lagi. Saya tidak gunakan mana-mana saluran untuk bantuan kewangan contohnya pihak kerajaan atau apa-apa

“Saya amat berpuas hati dengan membawa pemain-pemain ini dengan cara saya sendiri. Tetapi pastinya banyak lagi saya perlu belajar dalam mengendalikan kelab begini dan saya akan tingkatkan usaha saya,” katanya.

Skuad TSS FC RD B-12.
Skuad TSS FC RD B-12.

SENARAI PEMAIN TSS FC

SKUAD B-7 TSS JEWELS FC

1. Yang Mulia Tengku Sulaiman Shah (7)

2. Mohammad Aniq Nufael Mohammad Najib (10)

3. Muhammad Haris Safwan Mohd Hamzah (9)

4. Muhammad Alif Akmal Asmawi (5)

5. Muhammad Razin Azaruddin (4)

6. Shaqiel Aaryan Sahrudin (2)

7. Nurhan Haziq Hamzaini (17)

8. Mohamad Hafizi Adam Mohd Nasir (11)

9. Nourrul Ezzad Mohamad Nor Lizam (8)

10. Mohamad Taufiq Amir (12)

11. Nabil Islahuddin Saefudin (PG) (1)

12. Muhammad Adam Harith Muhamad Sabri (19)

13. Dareez Nazrin Mohd Zazli (77)

14. Muhammad Amirul Danish Mohd Zaini (22)

SKUAD B-10 TSS JEWELS FC

1. Yang Mulia Tengku Mahmood (9)

2. Dayyan Nazrin Mohd Zazli (7)

3. Wan Raid Mu'azzam Shamsul Amri (6)

4. Muhammad Fareez Daniel Noorizwani Hafiz (8)

5. Mohamad Luqman Zahirrudin (4)

6. Amsyar Mohd Zulfadli (10)

7. Muhammad Ammar Ikhwan Mohamad Nazli (5)

8. Nuh Ansar Faris Mohd Riza (PG) (13)

9. Bishran Balhaqy Shahrul Junaidy (11)

10. Adam Nurfakrullah Mohd Fadli (PG) (22)

11. Fariez Zaquan Mohd Faizal

SKUAD TSS FC RD B-12

1.Ahmad Zidan Ahmad Fazly (PG) (1)

2.Chittesh Sinaiah (2)

3. Raul Shankar Gnanaganesan (3)

4. Muhammad Hadif Mohammad Hazzuar (4)

5. Muhammad Alif Haqimi Mohammad Faizal (5)

6. Aisy Aqasha Noorazhar (6)

7. Aisy Mirza Azri (7)

8. Hfiy Irfan Ab Halim (8)

9. Ahmad Danish Ashraf bin Muhamad (9)

10. Muhammad Ammar Hariz Nozaid (10)

11. Muhammad Awal Wafiy Ahmad Syukri (11)

12. Muhamad Aqil Amsyar Muhamad Zaki (12)

13. Muhammad Danial Bukhari Mohd Zailany (13)

14. Khalish Fakhrey Mohd Razilan (14)

15. Muhammad Faiez Haikal Faizal (15)

16. Aliff Hakimi Mohd Helmi (16)

17. Rayyan Danial Mohd Suhaimy (17)

18. Muhammad Hafiy Haikal Noorizwani Hafiz (18)

19. Dani Nazrin Mohd Zazli (19)

20. Muhamad Aqil Imran Jaafar (PG) (20)

PEMAIN JEMPUTAN

1. Nourrul Ezzery Mohamad Not Lizam

2. Muhamad Iman Irfan Abdullah

3. Aqeef Danish Mohd Asrul Effendi

4. Muhammad Harith Abdullah

5. Aiman Aqasha Khirul Nizam

6. Muhammad Rayyan Ismail

7. Muhammaf Aidil Hazreq Mohd Fazli

* Dalam kurungan nombor jersi pemain