Petani campak tomato atas jalan

Petani membuang tomato di atas jalan gara-gara harganya yang terlalu murah. - Foto Tribun News
Petani membuang tomato di atas jalan gara-gara harganya yang terlalu murah. - Foto Tribun News
A
A
A

SUMATERA - Petani di Pagaralam, Sumatera Selatan bertindak mencampakkan tomato ke atas jalan selepas kecewa dengan harga jualan sayuran itu yang terlalu rendah sekitar Rp 300 (8 sen) sekilogram.

Seorang petani di bandar Dempo Utara, Maman berkata, harga tomato yang terlalu rendah telah merugikan petani, lapor Tribun News.

"Harga Rp 300 sekilogram, duit modal pun tak lepas. Harga ini berlarutan sejak seminggu lalu.

"Sebelum ini, ada juga untung apabila harga sekilogram tomato Rp 6,000 (RM1.71) tetapi kini harga pasaran merudum teruk dan keadaan ini membebankan petani," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, orang tengah membeli tomato daripada petani pada harga Rp 20,000 (RM5.70) sekotak dengan berat 60 hingga 70 kilogram.

"Saya akui harga berkenaan tidak menguntungkan kerana modal untuk menanam tomato agak tinggi," katanya.

Justeru katanya, beliau berharap kerajaan akan membantu menyelesaikan masalah itu bagi membela nasib petani.

Terdahulu, tular di laman sosial petani membuang hasil jualan mereka sebagai tanda protes kerana harga tomato merudum hingga mengalami kerugian.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang melalui kawasan itu terpaksa memijak tomato yang bertaburan di jalan raya.