X

Kindly register in order to view this article
!

Penoreh getah ditahan sentuh, rakam gambar kemaluan anak saudara

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menyentuh dan merakam gambar kemaluan anak saudaranya. - Gambar hiasan 123RF
A
A

ARAU - Seorang penoreh getah ditahan polis semalam selepas dipercayai menyuruh anak saudaranya berusia 9 tahun menyentuh kemaluannya di sebuah rumah di Mata Ayer, Kangar, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kediaman mangsa ketika ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumah.

Beliau berkata, suspek juga dikatakan membuka seluar yang dipakai mangsa sehingga paras lutut dan menyentuh kemaluan mangsa.

"Lelaki itu kemudiannya meminta kanak-kanak itu memegang kemaluannya dan terus beredar dari rumah selepas mengambil gambar mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan polis dan kanak-kanak itu juga mengesahkan gambar yang ditunjukkan ketika siasatan.

"Bapa mangsa melihat status WhatsApp milik abang iparnya dan mendapati suspek memuat naik gambar lucah dipercayai kemaluan anak perempuannya dan mengecam pakaian dipakai mangsa," katanya.

Beliau berkata, pihaknya merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang mengandungi gambar kemaluan mangsa dan suspek direman di Mahkamah Kangar hari ini di bawah Seksyen 5/14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.