Bantuan Sara Hidup dibayar Isnin depan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memaklumkan pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibuat pada Isnin depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.

“Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

“Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum bulan Februari 2019,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima tidak layak kerana bukan daripada golongan B40, memerlukan masa panjang untuk dilaksanakan.

Katanya, setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

“Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.

“Kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat,” katanya.

Artikel Berkaitan: