Lukaku pamer aksi bertenaga

Aksi Lukaku pada perlawanan berkenaan. - Foto: bolaokezone.com
Aksi Lukaku pada perlawanan berkenaan. - Foto: bolaokezone.com
A
A
A

Penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku dilihat sebagai calon yang bersesuaian untuk menyarung jersi skuad Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (NFL).

Pendapat itu disuarakan pengendali Inter Milan Antonio Conte setelah menyaksikan aksi pemain berkenaan ketika pasukannya menewaskan Genoa 3-0 dalam aksi Serie-A, kelmarin.

Menurut Conte, gaya serangan Lukaku di sepanjang perlawanan berkenaan nyata cukup bertenaga, malah turut meledak gol pembukaan serta gol ketiga buat Inter.

"Lukaku adalah seorang pemain yang memiliki ketinggian1.90 meter dan dia juga memiliki pergerakan yang laju.

“Dia juga berperanan sebagai sasaran atau ‘target man’ bagi pasukan dan jika dilihat dari tengah padang, dia ‘menyerang ‘ibarat seorang pemain bola sepak Amerika (NFL).

“Oleh itu, saya gembira dia (Lukaku) berada di sini bersama kami dan dia masih boleh meningkatkan prestasinya terutamanya menerusi sentuhan serangannya (ke pintu gol lawan),” katanya.

Selain Lukaku, Alexis Sanchez turut menjaringkan gol kedua Inter pada perlawanan berkenaan yang sekali gus menyaksikan skuad berkenaan melonjak pada tangga kedua Serie-A dengan 76 mata hasil 22 kemenangan, seri 10 kali dan tewas empat kali daripada 36 perlawanan setakat ini.

Untuk rekod, Lukaku telah menjaringkan 23 gol daripada 70 perlawanan setakat ini dalam saingan Serie-A.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Conte turut berharap agar Lukaku dapat terus bersama Inter bagi membantu melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Malah katanya, Lukaku baru berusia 27 tahun dan memiliki banyak masa untuk meneruskan kecemerlangannya dalam bola sepak.

“Dia masih muda dan memiliki masa depan yang penting dan saya harap dia akan terus bersama kami,” katanya.