PRK Slim: PN capai kata sepakat tiada pertembungan calon

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Perikatan Nasional (PN) Perak akan memastikan tidak akan berlaku pertembungan antara parti komponen itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Ogos depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kata sepakat itu telah dicapai antara tiga parti iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas untuk memilih hanya satu calon bagi mewakili PN.

"Hari ini parti-parti daripada PN bersatu hati untuk pastikan tidak akan berlaku pertembungan antara kami dalam PRK akan datang.

"Kita akan pilih seorang calon dan ketiga-tiga parti akan memberi sokongan penuh kepada calon tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen menandatangani Komitmen Pelaburan Negeri Perak melibatkan tujuh syarikat anjuran Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PRK DUN Slim yang ditetapkan pada 29 Ogos ini berikutan penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,183 undi mengalahkan calon Bersatu yang bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.

Artikel Berkaitan: