Animals For YOUNG raih anugerah

Animals for YOUNG mempunyai kepakaran dalam menyediakan Intervensi Bantuan Haiwan untuk kanak-kanak istimewa.
Animals for YOUNG mempunyai kepakaran dalam menyediakan Intervensi Bantuan Haiwan untuk kanak-kanak istimewa.
A
A
A

CYBERJAYA - Animals for YOUNG mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan sebagai sebuah Pusat Autisme & Keperluan Khas Paling Dipercayai 2020.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mempunyai kepakaran dalam menyediakan Intervensi Bantuan Haiwan (AAI) untuk kanak-kanak istimewa seperti Autisme Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Global Developmental Delay (GDD), Cerebral Palsy (CP), Down Syndrome (DS), Sensory Processing Disorder (SPD) dan lain-lain berkaitan kesukaran dalam pembelajaran.

Pengasasnya, Dr E Joon Khew berkata, beliau bersyukur dan bangga dengan pengiktirafan yang diterima itu.

"Ini adalah perjalanan yang mencabar dan indah dari awal hingga hari ini. Perkara yang paling menggembirakan adalah apabila anda melihat peningkatan dalam diri anak dan kegembiraan pada orang tua.

"Kami sangat gembira menerima penghargaan ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada pencapaian hari ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bekerja keras dan berusaha dengan lebih baik untuk membantu semua kanak-kanak yang memerlukan.

Dr E Joon Khew
Dr E Joon Khew

Animals for YOUNG mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dalam tempoh singkat menjadi antara pusat terapi terkenal di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Dr Khew berkata, di pusat terapi itu, ibu bapa dan anak-anak menjalani perundingan secara peribadi dengannya.

Beliau amat memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi keluarga berkeperluan khas kerana turut mempunyai anak autisme.

Perjalanan anak beliau yang berjaya masuk ke sekolah normal merupakan bukti formula kejayaan Animals for YOUNG dalam membantu kanak-kanak autisme.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan program Animals for YOUNG boleh didapati di www.animalsforyoung atau orang ramai boleh terus berhubung dengan Dr Khew di talian 011-10140828 untuk mendapatkan perundingan secara percuma bagi yang memerlukan.