'Saya sendiri pernah jadi mangsa zionis Israel'

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyambut baik pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini.

Ahmad Faizal berkata, keputusan berkenaan dilihat tepat kerana Malaysia sememangnya tidak memiliki sebarang hubungan dengan rejim zionis berkenaan.

Malah menurutnya, kekejaman tentera Israel terhadap penduduk di negara Palestin wajar dikecam oleh semua pihak.

“Saya terima baik dan ucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dengan membuat keputusan tersebut kerana ia bertepatan dengan pendirian negara kita yang tidak mempunyai hubungan diplomasi dengan negara Israel.

“Saya sendiri pernah jadi mangsa zionis Israel ini apabila ditahan dalam kapal Rachel Corrie sewaktu berada di perairan antarabangsa pada 2010 lalu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ahmad faizal berkata demikian berhubung tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menegaskan negara ini menerima atlet Israel kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah.

Sementara itu Ahmad Faizal menasihati rakyat yang pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina kali ini sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Katanya, orang ramai juga perlu mengelakkan daripada memandu dalam keadaan marah selain perlu bersabar sentiasa ketika dalam pemanduan.

Artikel Berkaitan:

“Ingatan kepada semua, jaga kesihatan dengan tidak makan berlebihan dan perlu sentiasa banyak minum air. Patuhilah undang-undang dan jagalah perasaan jiran tetangga dalam meraikan Tahun Baru Cina. Tolenrani kaum penting untuk kita menjaga keharmonian dalam negara,” katanya.