Pemuda Umno Pahang terbuka terima Pas

Fadzli Mohd Kamal
Fadzli Mohd Kamal
A
A
A

KUANTAN - Pemuda Umno Pahang menyambut baik dan terbuka menerima Pas atas dasar politik di samping kenyataan ahli Jawatakuasa Pusat Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai kenyataan yang ditunggu-tunggu diumumkan daripada pemimpin tertinggi Pas.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Pahang, Fadzli Mohd Kamal berkata, tiada gunanya berdendam kerana Umno dan Pas yang merupakan parti memperjuangkan rumpun Melayu Islam kini bersatu kerana tercabar dan sentiasa dicabar dengan pelbagai isu yang telah dilakukan oleh kerajaan PH.

“Kita (Umno) sentiasa buka mata bersama dengan pemerintah Pas berjuang untuk berjuang mencapai kesaksamaan dalam menjaga agama Islam sebagai agama rasmi..sudah sampai masanya perpaduan Islam Umno dan Pas menjalinkan kerjasama dalam politik.

“Ini menandakan doa saya dimakbulkan ALLAH kerana dalam suasana politik baharu Malaysia, tiada jalan lain kecuali kesatuan ummah berlaku dan saya sememangnya tertunggu-tungggu kenyataan ini daripada pemimpin Pas.

“Dan yang istimewa kenyataan ini hadir daripada Nik Abduh yang bersungguh-sungguh untuk menetang DAP.

"Kita tidak pernah berdendam dengan Pas malah kita tidak pernah menganggap sebagai dendam tetapi sengketa lama yang harus dilupakan demi rakyat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya mengenai persetujuan jika Umno dan Pas bergabung menjadi sebuah parti politik, Fadzli berkata, perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan namun penggabungan dan kesatuan melalui politik amat baik.

Menurutnya, secara individu, dirinya menyambut baik penggabungan tersebut dan permulaan kesatuan melalui politik ini harus dikekalkan dan mempunyai langkah demi langkah bagi mencapai keputusan positif buat kedua-dua parti.

Artikel Berkaitan:

“Saya secara peribadi, saya ok tetapi kita kena faham Umno dah berpuluh tahun ditubuhkan dan Pas sendiri mesti ada perjuangan politik dan prinsip mereka sendiri.

“Untuk gabung sebagai sebuah parti politik tidak semudah itu tapi sebagai permulaan percantuman politik ini positif dan amat baik malah rakyat sendiri khususnya Melayu Islam suka kalau percantuman politik ini berlaku,” katanya.