Pelajar di Indonesia naik pesawat ke sekolah

Farid berkongsi pengalamannya menaiki pesawat di TikTok.
Foto Tribun News
Farid berkongsi pengalamannya menaiki pesawat di TikTok. Foto Tribun News
A
A
A

SURABAYA - Tular kisah seorang pelajar terpaksa menaiki pesawat ke sekolah gara-gara kesuntukan masa.

Farid Samu, 17, berkongsi pengalamannya menaiki pesawat menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, lapor Tribun News.

Pengalaman pertama kali menaiki pesawat itu menggunakan wang simpanan sendiri.

Video yang tular dan mendapat perhatian netizen itu menunjukkan Farid memakai uniform sekolah sambil menggalas beg dan menikmati sarapan serta menunjukkan tiket pesawat.

Jelasnya, menaiki pesawat pesawat itu antara impiannya sejak kecil lagi.

"Saya berada di Surabaya bagi menghadiri majlis bersama keluarga tetapi dihubungi guru yang meminta saya pulang segera ke Manado kerana terbabit dengan satu projek di sekolah.

"Disebabkan masa terlalu suntuk dan jauh, saya akhirnya memilih untuk menaiki pesawat pulang dari Surabaya ke Manado.

"Mujurlah saya sempat tiba di sekolah walaupun sedikit terlambat ketika itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Farid Samu memberitahu tidak menyangka video dimuat naik video di aplikasi TikTok menjadi bualan hangat netizen.

"Saya terkejut ramai yang tonton video itu hingga viral.

"Ramai yang suka dan ramai juga mengkritik tapi apa pun saya fikir positif," katanya.