Lelaki cedera basikal langgar iguana

Iguana itu terperangkap antara jejari tayar depan basikal tersebut menyebabkan pergerakan rodanya terhenti. - Foto Pejabat Syerif Monroe
Iguana itu terperangkap antara jejari tayar depan basikal tersebut menyebabkan pergerakan rodanya terhenti. - Foto Pejabat Syerif Monroe
A
A
A

MONROE, Florida - Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mengalami kecederaan selepas basikal yang ditunggangnya berlanggar dengan seekor iguana.

Menurut portal berita BRPProud.com pada 13 Julai lalu, lelaki tersebut memberitahu anggota pejabat Syarif Daerah County bahawa dia sedang mengayuh basikal sebelum haiwan itu tiba-tiba berlari di depan laluannya pada Khamis minggu lalu.

Iguana itu terperangkap antara jejari tayar depan basikal tersebut menyebabkan pergerakan rodanya terhenti.

Lelaki itu kemudian terjatuh pada simen asfalt dan dihantar ke Hospital Fishermen, Florida dan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, kepala lelaki berkenaan memerlukan jahitan akibat kecederaan itu.

"Keadaan iguana itu pula tidak kelihatan stabil," kata anggota pejabat Syerif itu dalam satu hantaran di Facebook.

Iguana merupakan haiwan yang boleh mencapai kepanjangan antara 1.5 hingga 1.8 meter sehingga ke bahagian ekor dan berasal dari negara Mexico, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Caribbean. - Agensi

Artikel Berkaitan: