Nak 2019 dah move on lah: Zulin Aziz

1efd
1efd
A
A
A

PELAKON, Zulin Aziz memuat naik video meluahkan rasa geramnya kerana dibanjiri komen bagi membuat pertukaran wang syiling mata wang asing.

Menurut Zulin, dia tidak menyimpan duit syiling lama kerana selorohnya telah habis digunakan dengan bermain tikam-tikam.

"Nak bagitahu tak ada aku simpan duit syiling tahun 1999, zaman tu dah habis guna beli mainan, tikam-tikam. Tak ada dah aku simpan tahun ni.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video kahwin trending Zulin Aziz mahu beri motivasi]

"Ni nak 2019 dah, move on lah tak payah nak gigih translate Bahasa Melayu, kalau dibalas pun bukan faham.

"Fasal apa ni wujud... sorang-sorang aku block, geram lah kita bagi gambar selfie, sekali komen pertukaran wang asing," akhiri luahannya dalam dialek utara

Rata-rata peminat dan pengikut di ruang komen Instagram Zulin terhibur dan bersetuju dengan luahannya itu.

Artikel Berkaitan: